Kosmetik Enzim Pertama di Malaysia


Usaha R&D pihak SIRIM menggunakan kaedah teknologi hijau untuk mengekstrak bahan aktif premium, Enzim Bromelin nenas dengan kaedah biojisim nanas kaleng telah memenangi anugerah Silver Di International Innovation & Technology Exhibition ( ITEX 2018 ). Ujian demi ujian juga telah dilakukan selama 2 tahun menggunakan kaedah terbaru ‘ 3D Cell Screening ‘ iaitu mimic kulit manusia bagi memastikan keberkesanan sebelum berada di pasaran.
Secara sainstifik atas kajian yang telah dilakukan, Ensutouch dikenalpasti dapat membantu dari segi anti-oksida, anti-keradangan, anti-penuan dan mengandungi sifat pencerahan kulit dan pembaharuan sel yang terbaik.

SHAH ALAM: SIRIM menerusi anak syarikat milik penuhnya, SIRIM Tech Venture berjaya mengkomersialkan ekstrak tumbuhan semula jadi dari nanas kepada syarikat tempatan yang diaplikasikan ke dalam produk penjagaan kulit muka. Produk penjagaan kulit yang terdiri dari serum wajah, masker malam
(night mask) dan pencuci muka dengan jenama Ensutouch, dihasilkan daripada ekstrak sisa nanas adalah hasil kerjasama pintar SIRIM dan Ensu Lifesciences Sdn Bhd.

PERNAH diketawakan hanya kerana melontarkan idea, menjadikan lambakan sisa industri pengetinan nanas sebagai bahan asas produk kosmetik.
Itulah pengalaman pahit yang tidak mungkin dilupakan Pengarah Ensutouch Cosmetic, Nur Firzana Suhana Husin.
Segala-galanya bermula ketika beliau berjumpa seorang pengusaha ladang nanas di selatan tanah air.
Tujuannya, hanya mahu mendapatkan bahan buangan yang sering dipandang sepi. Namun, reaksi diterima hanyalah senyuman sinis dan ketawa kecil.

SHAH ALAM – Komponen nanas seperti kulit, mahkota dan empulur (core) yang dipenuhi enzim bromelain diaplikasi sepenuhnya menjadi bahan utama produk kecantikan dan penjagaan kulit, Ensutouch. Enzim bromelain yang bermanfaat sebagai ejen pemutihan, anti penuaan, anti radang, ejen pelembab dan anti oksida amat bersesuaian untuk meremajakan kulit ditemui menerusi kajian dan penyelidikan serta pemindahan teknologi lebih dua tahun oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad.

SHAH ALAM, 20 Feb (Bernama) — SIRIM Berhad (SIRIM) dan Ensu Lifesciences Sdn Bhd (ELSB) hari ini memeterai perjanjian pelesenan teknologi dalam menghasilkan produk penjagaan kulit berasaskan sisa nanas. Produk dinamakan Acne and Blemish Control Skin Care Technology itu merupakan inovasi baharu bagi penjagaan kulit untuk kawalan jerawat dan parut. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata perjanjian itu merupakan komitmen berterusan agensi berkenaan dalam mengukuhkan keupayaan dan kapasiti industri merentasi pelbagai domain teknologi.

SHAH ALAM: Komponen nanas seperti kulit, mahkota dan empulur (core) yang dipenuhi enzim bromelain diaplikasi sepenuhnya menjadi bahan utama produk kecantikan dan penjagaan kulit, Ensutouch. Enzim bromelain yang bermanfaat sebagai agen pemutihan, anti penuaan, anti radang, ejen pelembab dan anti oksida amat bersesuaian untuk meremajakan kulit ditemui menerusi kajian dan penyelidikan serta pemindahan teknologi lebih dua tahun oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad.

Scroll to Top