Rahsia Kulit Sihat Bermula Dengan Ensutouch

Teknologi Bromelin Buah Nanas

Diformulasi dengan Enzim Bromelin aktif untuk membantu
membersihkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda secara semula jadi.

” Waste to Wealth, Wealth to Health, Health to Beauty “

Tahukah Anda

Bromex Bioactive mengandungi bromelain, iaitu enzim protease yang berfungsi memecahkan protein sel kulit mati, membantu merawat kulit kusam dan menyerlahkan lapisan kulit baharu yang lebih cerah dan berseri.

“Full Experience” Untuk Kulit Lebih Sihat Berseri

Kit Permulaan Baharu Dari Ensutouch

Glow Up Kit 5 in 1 mengandungi kesemua item utama untuk rutin penjagaan lengkap kulit anda. Dapatkan “Full Experience” dengan harga sangat berbaloi dan didatangkan dengan rekaan packaging yang cantik juga sesuai dijadikan hadiah untuk kawan, keluarga atau diri sendiri.

Setiap produk Ensutouch melalui standard penghasilan tinggi di mana proses ekstrak menepati kawalan kualiti, ujian logam verat dan mikrobiologi (APHA) dan bioasai. Bahan utama setiap produk Ensutouch adalah Bromex Bioactive dari Enzim Bromelin buah nanas.

Ensutouch sebagai skincare teknologi Enzim Bromelin pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh SIRIM. Produk ini telah dihasilkan dan diuji secara klinikal hadir dari kerjasama pihak syarikat Ensu Lifesciences Sdn Bhd besama 12 orang penyelidik SIRIM Berhad seawal tahun 2016.

Sebelum dipasarkan Ensutouch telah melalui ujian dan kajian klinikal secara Cell-Based & 3D Skin Assay merangkumi kajian ‘Efficacy’ – Anti-Aging, Anti-Oksida, Anti-Inflammatory Assay dan Skin Renewal Capability. Sebelum dipasarkan Ensutouch juga menjalankan ujian ke atas sukarelawan dipilih daripada pelbagai peringkat umur dan jenis masalah kulit untuk mendapatkan testimoni serta maklum balas.

Bromex Bioactive dihasilkan daripada mahkota, kulit, dan teras buah nanas yang diproses menjadi bahan aktif premium atau ekstrak piawai, mengandungi enzim bromelin yang telah terbukti secara saintifik mempunyai kesan anti-radang, mencerahkan kulit, bersifat antioksidan, serta membantu menyokong proses pembaharuan kulit.

🌿 Proses Green Technology dalam Penghasilan Produk Ensutouch
Ensutouch dibangunkan berasaskan prinsip Green Technology, iaitu pendekatan penghasilan produk yang mesra alam, selamat kepada pengguna dan tidak memberi kesan negatif terhadap ekosistem. Setiap langkah diambil dengan teliti bagi memastikan keseimbangan antara keberkesanan bahan aktif dan kelestarian alam sekitar.

🌿Pemilihan Bahan Semula Jadi yang Lestari
Bahan utama Ensutouch berasal daripada sumber semula jadi — khususnya buah nanas Malaysia, yang kaya dengan enzim bromelin.
Menariknya, Ensutouch memanfaatkan bahagian yang biasanya dibuang seperti mahkota, kulit dan teras nanas, lalu menukarkannya menjadi bahan aktif bernilai tinggi dikenali sebagai BROMEX Bioactive. Langkah ini membantu mengurangkan sisa pertanian dan menyokong ekonomi hijau tempatan.

🌿Teknologi Penapisan & Penulenan Hijau (Green Extraction Process)
Proses ekstraksi dilakukan menggunakan kaedah tanpa pelarut kimia keras. Melalui teknologi enzimatik dan penapisan berperingkat, bahan aktif seperti bromelin dapat dikekalkan dalam bentuk yang paling tulen tanpa mencemarkan air atau udara. Hasilnya, proses ini menjimatkan tenaga, mengurangkan karbon dan menghasilkan ekstrak yang selamat untuk kulit dan alam.

🌿Penghasilan Mengikut Piawaian Hijau & Kawalan Kualiti
Semua formulasi Ensutouch dihasilkan di fasiliti yang mematuhi piawaian Good Manufacturing Practice (GMP) dan ISO dengan sistem pengurusan sisa yang efisien.
Setiap produk melalui ujian mikrobiologi dan bioasai, memastikan ia bebas daripada bahan berbahaya dan selamat untuk semua jenis kulit.

🌿Sokongan kepada Komuniti & Alam Sekitar
Pendekatan Ensutouch bukan sekadar tentang produk, tetapi tentang tanggungjawab sosial dan alam sekitar.
Dengan memanfaatkan hasil buangan pertanian nanas,
Ensutouch membantu petani tempatan menambah nilai hasil mereka sambil mengurangkan jejak karbon industri kosmetik.

INCI : Bromelin
Trade Name : Bromex Bioactive
Chemical Description : Ananas Comosus Aqueous Extract

Ensutouch Made In Malaysia
Ensutouch Technology By SIRIM
Ensutouch Enzime Bromelin Pertama Di Malaysia
Ensutouch Disahkan Halal
Ensutouch Memenangi Silver Medal Award

Scroll to Top